Allah Lebih Mengetahui

Author : Aisyah Time : 8:20 pm Comments : 9 ✿ Labels :

Assalamualaikum blogger semua >.<  
Petang-petang yang indah nie , Isyah nak kongsi sedikit cerita , harap sudi dengar . . 

Bismillahirrahmanirrahim
Abu Hurairah R.A. telah mendengar Nabi S.A.W. menceritakan sebuah kisah tentang dua orang lelaki yang hidup dalam kalangan Bani Israel . Mereka mempunyai perihal keadaan yang berbeza . Salah seorang daripadanya adalah pelaku dosa,. manakala seorang yang lain merupakan Si abid yang bersungguh-sungguh dalam melaksanakan ibadah, Si abid selalu melarang saudaranya itu melakukan maksiat . Namun lelaki itu tetap meneruskan perbuatan dosa dalam kehidupan sehariannya . 
Suatu hari, si abid melihat saudaranya sedang melakukan maksiat lalu dia berkata , " Cukuplah! "  Saudaranya kali ini membalas dengan berkata, " Tinggalkan aku bersama tuhan ku, adakah engkau ini dihantar kepadaku sebagai penjaga diriku ? " si abid kemudian berkata, " Demi Allah ! Allah pasti tidak akan mengampunkan engkau, dan Dia tidak akan memasukkan engkau kedalam syurga ! " 
Setelah beberapa ketika, kedua mereka meninggal dunia . Ketika dihadapkan dihadapan Allah S.W.T , maka Allah S.W.T pun berfirman kepada si abid, " Adakah engkau mengetahui apa yang ada di sisi Ku ? Adakah engkau berkuasa di atas apa yang telah Aku tetapkan ? " Kemudian Allah S.W.T berfirman pula kepada saudaranya (si pelaku maksiat), " Pergilah masuk ke dalam syurga dengan rahmat Ku " , Dan Allah memerintahkan para malaikat yang menjaga neraka " Masukkanlah dia ( si abid ) ke dalam neraka."

Abu Hurairah R.A kemudian berkata : " Demi tuhan diriku berada di tangan Nya, dia ( si abid ) telah mengatakan suatu perkataan yang memusnahkannya di dunia dan di akhirat. "
-Hadis Riwayat Imam Abu Daud dan Imam Ahmad -
        PengaJaran :  
  • Allah S.W.T berhak mengampunkan dosa hambanya
    dan seorang hamba tidak layak mengatakan sebaliknya .
  • Allah S.W.T juga berhak memasukkan seseorang ke
    dalam syurga dengan rahmatnya .
  • Menjaga lidah daripada mengatakan sesuatu yang boleh
    merugikan dunia dan akhiratnya .



9 Kawan Iesyah Comment(s) :

  1. Pintu syurga ada banyak jalannya. Ada yg masuk syurga kerana senyum, kerana tolong binatang, dll. Kita hanya berhak menegur dan menghukum. Nice sharing ^^

    ReplyDelete
  2. kita tak layak untuk menilai sesiapa pun..

    ReplyDelete
  3. APA YG PENTING KITA BUAT MANA YG BAIK DAN BETUL.. PEDULI ORG NAK KATA KITA APA.. TAK ADA SAPAYG BOLEH JUDGE AMALAN KITA MELAINKAN Allah :)

    ReplyDelete
  4. nice sharing. dpt sikit ilmu harini. syukran ^-^

    ReplyDelete
  5. wah. nice lah ukhti :) syukran.

    ReplyDelete
  6. singgah+baca entry sini. nice sharing dear :)

    ReplyDelete

ʕ•ᴥ•ʔ = Comment yang murni-II saje ya sayang ;)