Sedarkah kita , Kiamat terlalu hampir dengan kita ?

Author : Nur Aisyah Time : 4:24 pm Comments : 3 ✿ Labels :



BACALAH DENGAN HATI YANG TERBUKA !

Ketika ini seluruh umat islam didunia menumpu perhatian pada krisis di Mesir dan
Syria, tetapi sedarkah kita bahawa ini ada episod terakhir permainan Dajjal sebelum
beliau membuka Fasa berikutnya ... Tahukah anda,sasaran yang mereka idamkan
bukanlah Palestin ....sebaliknya MEKKAH dan MADINAH .... dan Tahukah anda
MEKAH dan MADINAH kini telah dikepung secara sistematik oleh Zionis (Israel)
dan sekutunya Syiah (Iran) ! !

Bermula dengan :

-TURKI Uthmaniyah yang ditumbangkan dan Jatuh ketangan Puak Sekular Ekstreme,
walaupun kini diperintah Pemimpin "Islamik" Erdogan,Hakikatnya beliau hanyalah
Puppet yang hanya bersuara tapi tidak bertindak kerana dikekang Pengikut Setia Attaturk.

-PALESTIN yang sebelum itu makmur dibawah pemerintahan Uthmaniyah ditawan mudah
puak kufar sebelum diserahkan pada Zionis.

-IRAQ satu2nya negara yang lantang mempertahankan Palestin secara ketenteraan diceroboh
dan diranapkan,USA dan negara Salib dan Bantuan sulit dari Syiah (IRAN).

- AFGHANISTAN negara mundur yang memiliki hasil bumi paling kaya didunia dirampas
oleh USA hasil bantuan Syiah (IRAN) dan segala hasil buminya disalur pada Zionis (Israel).

- LIBYA pimpinan Ghadaffi merupakan musuh ketat Negara Salib dijadikan bahan
Eksperimen untuk mencetuskan "Arab Spring"...Rakyatnya dihasut untuk "BANGKIT"..
dibantu dengan "Bersungguh2" oleh Tentera Salib (NATO).

-SYRIA adalah sasaran sebenar Operasi Arab Spring yang dirancang Zionis kerana
sudah tertulis dalam kitab2 lama Yahudi bahawa Syria adalah medan perang
Armageddon melibatkan Mesiah(Dajjal) dan Al-Mahdi.

-MESIR walaupun "DISERAHKAN" kepada Dr Morsi dari Ikhwanul Muslimin,kemudian
dirampas semula oleh Tentera Firaun moden pimpinan Syiah dan Zionis bertujuan
menimbulkan kemarahan tak terhingga Umat Islam supaya tercetusnya Armageddon
dengan segera.

LIHATLAH DIPETA , SEMUA NEGARA DISEKELILING MEKAH DAN
MADINAH TELAH DITAWAN DENGAN SISTEMATIK.

Diakhir Zaman juga sudah tertulis dalam hadis bahawa Tempat Suci
umat Islam iaitu KAABAH akan diruntuhkan oleh LELAKI dari HABSYAH
diberi kepercayaan memerintah Rom ..

SIAPA LELAKI HABSYAH INI.? Semua sedia Maklum ... ROM dizaman moden sekarang
sudah berhijrah dan kini dikenali sebagai USA melalui sejarah panjangnya .....
dan satu-satunya lelaki Habsyah (kulit Hitam) yang memerintah ialah Presiden terkini
mereka iaitu BARRACK OBAMA ..... Ciri-ciri Obama juga mirip seperti yang digambarkan
Rasulullah mengenai lelaki Habsyah yang meruntuhkan Kaabah melalui Hadis .

Hadis Riwayat Al-Bukhari dan At-Tabrani :

DI ANTARA TANDA-TANDA AKHIR ZAMAN IALAH BILA MASA
KAABAH AKAN DIRUNTUHKAN DAN PELAKUNYA SEORANG LELAKI
BERKETURUNAN HABSYAH YANG DILANTIK MENJADI PEMERINTAH ROMAN.SUBHANALLAH...KITA SEMAKIN HAMPIR !!!

Isyah Forward sahaja.. Wallahua'lam.. Tapi memang pun tanda2 akhir zaman
dah lama muncul dan akhir-akhir ni semakin nampak tanda2 kiamat kubra..
Moga kita semua tetap di jalan kebenaran dan jalan diredhai Allah..





SUMBER : FACEBOOK

Masya Allah ! Mujahidah ini tersenyum ketika menghadap Ilahi !

Author : Nur Aisyah Time : 3:56 pm Comments : 0 ✿ Labels :



Subhanallah !! Tersenyum diri mu melihat indah nyaa
Syurga Allah ..  Al fatehah ...


Beruntungnya kau wahai  Mujahidah :')



Berpegangan tangan dengan bukan mahram is sweet ? -.-'

Author : Nur Aisyah Time : 2:21 pm Comments : 1 ✿ Labels :



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Assalamualaikum warahmatullahi wabarahkatuh ..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita
terutama nikmat iman dan nikmat Islam.

Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir maka janganlah sesekali
berduaan yang tidak disertai mahram. (HR Ahmad)

" Melihat couple berjalan berpimpin tangan ibarat TEH dan GULA,
bukan kerana sweet. tapi seperti kedua²nya minta untuk di
jirus dengan air panas..."

Sedarlah syaitan adalah penjajah yang tidah pernah putus asa.

Dalam satu peristiharan, menurut hadis Rasulullah s.a.w, syaitan pernah berkata:

"Demi kebesaran-Mu, aku bersumpah wahai Allah, aku tidak akan
berpisah dengan anak Adam selagi nyawanya masih di badan ! "


Mari Baca Kisah Anjing dan Lembu ini dan Fahami Maksudnya ;)

LEMBU : Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?

ANJING : Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : Eh? kenapa?

ANJING : aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit.
Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata “hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!

LEMBU : Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

ANJING : Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak.
Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU : Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih
dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun disamak.

ANJING : Wah.. Ayat ko memang Power la… manusia kena ubah pepatah
“Pandai macam LEMBU”



Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu Majah menyatakan bahawa :

“Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan
bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram”.


Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib
bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan
hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa)
atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.


"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada
menyentuh kaumyang bukan sejenis yang tidak halal baginya."
(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak pernah aku menyentuh tangan perempuan
yaitu bukan mahram"
(Hr At-Thabrani, dari Uqailah binti Ubaid,menurut al-Albani: Sahih)

“ Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui
dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang
dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal
sempurna”.   (Surah Zumar: 9)


WAJAH MALAIKAT MAUT !

Author : Nur Aisyah Time : 6:11 pm Comments : 0 ✿ Labels :


Malaikat Maut mempunyai 4 wajah;

1. Wajah api.
Dengan wajah itu, ia mencabut nyawa orang" kafir.

2. Wajah galak.
Dengan wajah itu, ia mencabut nyawa orang" munafik.

3. Wajah rahmat.
Dengan wajah itu, ia mencabut nyawa orang" mukmin.

4. Wajah nur.
Dengan wajah itu, ia mencabut nyawa para nabi dan shiddiqin.

Celakalah kiranya, ketika malaikat maut datang kpd kita dgn muka yg berkilatan
api ataupun buram tanpa cahaya.


Hanya kpd Allah kita berlindung, semoga kerahmatan serta
keridhoan Allah ta'ala, senantiasa tercurah kepada kita semua
sehingga tiadalah kita kembali kepada keharibaan-Nya kecuali
dalam keadaan khusnul khotimah. aamiin.


Kenapa Allah masih hidupkan aku hari ini ?

Author : Nur Aisyah Time : 7:30 am Comments : 1 ✿ Labels :




50 tahun kita digunakan untuk apa ?

Author : Nur Aisyah Time : 8:55 pm Comments : 1 ✿ Labels :





Bismillahirrahmannirrahim
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ..

50 tahun kita tertidur????

1 hari 24 jam
Satu TAHUN ?
12 Bulan
52 Minggu
365 Hari
8760 Jam
525600 Minit
31536000 Detik

Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun)
<> 70th
60th - 70th
(65th)

Chart
Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti) Puratanya manusia meninggal ± 65 th
"Baligh: Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia"
Laki-laki Baligh ± 15 tahun
Wanita Baligh ± 12 tahun
Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:

Mati - Baligh = Baki Usia, :~ 65 - 15 = 50 tahun

50 tahun digunakan untuk apa?

Catatan:

50 tahun=18250 hari=458000 jam
12 jam siang hari
12 jam malam hari
24 jam satu hari satu malam

Gambaran kasarnya:
Mari kita muhasabah bersama..... ....!

Waktu kita tidur ± 8 jam/hari ;
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam=46000 jam=6 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun
Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya... ...

Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam = 19000 jam = 5 tahun
Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi.

Waktu rehat ± 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam = 3000 jam = tahun
Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan.... ...

17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun

Lalu Bila Nak Beribadah???
Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud; "Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU".
Maut datang menjemput tak pernah bersahut,
Malaikat datang menuntut untuk merenggut,
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,
Terimalah habuanmu seadanya..
Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan. Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar...
Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana? Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.
" Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya "

Lalu Bila Nak Beribadah???
Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi... !
Karena kita fikir; solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga...
Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !!?

Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun???
1 solat = 10 minit ..... 5x solat = 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat =8250 hari x I jam 250 jam= tahun

Kesimpulan: waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat (ini kalau yg solat 10minit! Kalau solat macam ayam patuk tanah..amacam? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita....itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima.
Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun; dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris orang tua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa...

Logiknya:

Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian... .........
Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana..... .......

Penyelesaian:

Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat ! ! !
Ingatlah negeri kita...Akhirat

IBNU MUSLIM:
JOM SAMA2 KITA TINGKATKAN AMAL IBADAH KITA..SAMADA YANG WAJIB, SUNAT ATAU HARUS..JANGAN BUAT YANG HARAM DAN MAKRUH DAH !


" Kamu mencintai tiga macam, padahal ketiga itu bukanlah milikmu "

Author : Nur Aisyah Time : 8:42 pm Comments : 0 ✿ Labels :


Assalaamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh ..

Renungan jiwa ..

Seorang ahli Sufi bernama Abu Turab r.a. berkata;

"Wahai manusia ! Kamu mencintai tiga macam, padahal ketiga itu bukanlah milikmu.
1. Kamu mencintai dirimu, padahal diri itu milik hawa dan nafsu
2. Kamu mencintai roh-mu, padahal nyawa itu milik Allah SWT dan
3. Kamu menyintai hartamu, padahal harta itu milik ahli waris turun-temurun."

Di samping itu pula kamu mencari dua macam lagi, padahal kedua itu tidak kamu peroleh yakni istirahat di dunia, dan bersuka ria di dalamnya. Keduanya ini tidak akan ada di dunia, tetapi kesemua tempatnya di Syurga..

Wasiat Nabi kepada Saidina Ali . Tiap sesuatu ,ada penyakitnya..

❖ Penyakit berkata-kata adalah bohong .
❖ Penyakit ilmu adalah lupa .
❖ Penyakit ibadah adalah riak .
❖ Penyakit akhlak adalah memuji diri sendiri .
❖ Penyakit pemurah adalah menyebut-nyebut pemberian .
❖ Penyakit bangsawan adalah merasa bangga .


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:


“Sekiranya anak Adam memiliki satu lembah daripada harta, nescaya ia mahu yang kedua dan sekiranya ia mempunyai dua lembah nescaya ia mahu yang ketiga. Tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan tanah dan Allah sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat.” - Riwayat Ahmad


Nukman bin Basyir meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W pernah bersabda:

”Doa merupakan satu ibadat, lalu baginda membaca ayat:
“Dan berkata Tuhan-Mu: “Berdoalah kepada-Ku...” (Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Abdullah Ibnu Umar r.a menceritakan bahawa seorang lelaki berkata kepada nabi SAW :
“ Manakah amalan Islam yang paling baik?

Nabi menjawab;

“Engkau memberikan makanan kepada orang-orang miskin dan engkau mengucapkan
salam kepada orang yang telah engkau kenal dan kepada orang yang belum engkau kenal.”

 (al-Bukhari dan Muslim )


Jenis-Jenis Kentut !

Author : Nur Aisyah Time : 8:35 pm Comments : 1 ✿ Labels :


Jentolak Askar Mesir Menolak dan Membakar Jenazah Yang Telah Dikafankan :')

Author : Nur Aisyah Time : 8:30 pm Comments : 1 ✿ Labels :











Hati mana tidak runtun bilamana melihat askar menaiki jentolak, 
menolak jenazah yang sudah dikafan dan disusun didalam khemah. 
Hati mana tidak runtun, bilamana melihat jenazah saudara seIslam dibakar.
Gelapnya hati mereka yang masih membela puak ini..







Kita sangatt Kejamm !

Author : Nur Aisyah Time : 8:15 pm Comments : 1 ✿ Labels :





Rahsia Sujud Di Dalam Solat

Author : Nur Aisyah Time : 8:08 pm Comments : 0 ✿ Labels :



Rahsia Sujud Di Dalam Solat Rahsia Sujud Di Dalam Solat (Ayuh Sebarkan!!!)

Tahukah kita solat 5 KALI sehari iaitu 17 RAKAAT telah berlaku 34 kali SUJUD.
Di dalamnya terdapat 1001 hikmah yang terkandung. Antaranya:-

Seorang ahli Sains saraf otak Amerika, Dr. Fidelma O’leary mendakwa bahawa beberapa saraf di otak manusia tidak boleh dialiri oleh darah dari jantung kerana posisi jantung yang berada di dada tidak cukup kuat untuk menampung pembawaannya ke otak manusia. Padahal otak amat memerlukan oksigen dan bekalan darah yang mencukupi supaya dapat berfungsi secara normal. Beliau mengkaji dari tempoh masa yang lama untuk mencari jawapan. Dikaji dengan lebih serius akhirnya dia perolehi jawapan bahawa darah akan mengalir setiap inci ke otak manusia secara sempurna ketika seseorang itu melakukan sujud seperti yang dilakukan oleh orang-orang Islam dalam solat. Bila perkara ini berlaku,maka otak dapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi lalu dapatlah menghindarkan pelbagai jenis penyakit seperti stress, migraine, stroke , menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti kita (terutama ketika sujud waktu solat Subuh). Juga boleh membaiki posisi anak dalam kandungan rahim…dll.

Paling HEBAT lagi maka dia memeluk Islam…hebat tak kuasa SUJUD?

Sebenarnya:-

1. SUJUD PERTAMA tanda TAAT (PERINTAH ALLAH)
2. SUJUD KEDUA tanda SYUKUR (HAMBA KEPADA ALLAH)


Dalam khutbah Ramadhan Nabi s.a.w bersabda :

Punggung-punggung kalian sudah berat menanggung dosa-dosa kalian. Ringankan lah beban kalian dengan memperbanyakkan sujud.

“Hendaklah kamu bersujud kepada Allah kerana sungguh tiada sekali engkau bersujud melainkan dengannya Allah mengangkat satu darjat dan menghapuskan satu dosa (kesalahan) darimu” ,
(HR Muslim)

Firman Allah SWT yang bermaksud:-

” Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar”
(Surah Al-Ankabut ayat:45)

Dari Sudut Tasawuf

Sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan Penciptanya. Pergerakan sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan “rasa menghina dirinya” seseorang hamba itu di depan Tuhannya di dalam keadaan menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa“Ya Allah hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah tempat berserah dan memohon pertolongan”.

Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Huzaifah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda :-

“Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh Allah daripada Dia melihat
hamba-Nya itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah (sebagai
tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada Allah)”.
(Hadis Riwayat Imam Tabrani).

Firman Allah SWT yang bermaksud :-
”Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri”  (Surah As-Sajadah ayat 15).

Sujud bererti seseorang itu telah meletakkan wajahnya ditempat yang paling rendah di atas tanah ini bermakna ia telah meletakkan seluruh dirinya di atas tanah, mengingatkan dirinya terhadap punca asal kejadian manusia itu dari tanah dan mengembalikan dirinya kepada tanah. Apabila ia telah sanggup menghantar dahinya dan juga dirinya ke tempat yang hina maka tidak mungkin ia akan bersikap sombong lagi terhadap Allah yang menciptakan dirinya dari tanah itu.

Maka setiap kali sujud sewajarnya seseorang itu sentiasa ia mengingati akan mati, apabila ia ingat akan mati maka terasa seolah-olah bahawa solatnya itu sebagai solat penghabisan kerana ia akan menghantarkan dirinya ke tanah. Ia merasakan bahawa setiap kali ia sujud seolah-olah ia tidak akan bangun lagi. Sedangkan kematian itu merupakan pintu bagi seseorang memasuki gerbang akhirat.

Dalam keadaan demikian maka hati akan merasa gerun dan merasai kebesaran Allah dan ketika itulah ia membaharui lagi di dalam hatinya untuk mensucikan Zat Allah Yang Maha Tinggi disamping lidah tidak bertulang mengucapkan, “Subhana Rabbial- A’la wa-Bihamdih”.


P/S: Islam itu kan indah.. solat itu sempurnakan dan berikan kebaikan kepada Hambanya zahir dan batin. Bila kita sempurnakan hak Allah (solat) , Dia akan menyempurnakan hak kita sebagai hamba (hikmah dan kebaikan )