Kisah Rasulullah S.A.W. ketawa dan menangis mendengar cerita Umar

Author : Aisyah Time : 2:16 pm Comments : 3 ✿ Labels :


Ada suatu ketika Rasulullah S.A.W. duduk berkumpul dengan sahabat baginda. Lalu berkata Rasulullah S.A.W. kepada Umar :

"Cube ceritekan kisah yang membuatkan aku ketawa dan membuatkan aku menangis."

Kemudian Umar pun memulakan cerita, "Dahulu, sebelum aku mengenal Islam aku membuat patung berhala daripada manisan. Lalu aku menyembah patung yg diperbuat drpd manisan itu.

"Demi latta uzza mannat engkaulah yang mulia berikan aku makanan sbg rezeki darimu," kata Umar. "Waktu itu aku menyembah patung itu namun perutku dalam keadaan lapar. Setelah selesai menyembah berhala aku menuju ke dapur, aku mendapati tiada makanan di dapur lalu aku kembali ke tempat patung berhala itu. Tiada makanan yang ada kecuali tuhan sembahanku. Lalu dengan rasa kesal aku makan tuhanku sendiri yang aku selalu sembah - sembah sebelum ini. Aku makan dari kepala ke tangan hingga tiada lagi sisa yang tinggal."

Mendengar cerita Umar itu, baginda Rasulullah S.A.W. tertawa sehingga menampakkan gigi geraham baginda. Kemudian baginda bertanya,

"Di manakah akalmu waktu itu?"

"Akal kami memang pintar namun sembahan kami yang menyesatkan kami," kata Umar.

Kemudian baginda berkata lagi, "Ceritalah kepadaku hal yang akan membuatku menangis".

Umar pun mula bercerita, "Dulu aku mempunyai seorang anak perempuan lalu aku ajak anak perempuanku ke suatu tempat. apabila tiba di tempat yg ditujui aku mula menggali lubang. Setiap kali tanah yg aku gali mengenai bajuku, anak perempuanku akan membersihkan kotoran itu."

"Sesungguhnya anakku itu tidak tahu bahawa lubang yg aku gali itu untuk menggalinya hidup - hidup hanya untuk sembahan berhala. Selesai aku menggali lubang itu, aku mencampak anak aku ke dalam lubang itu. anakku hanya menangis dan menatap wajahku. Masih terngiang - ngiang wajah anakku yang masih belum faham apa yg dibuat oleh ayahnya dari bawah lubang itu."

Sebaik sahaja Umar selesai bercerita, menitis air mata baginda mendengar kisah Umar itu. Begitu juga dengan Umar kerana menyesali segala perbuatannya ketika zaman jahiliyyah dahulu sebelum mula mnegenal Islam.

.:: Sesungguhnya tiada agama yg seindah agama Islam. Allah maha penyayang lagi maha mengasihani. Rasulullah S.A.W. manusia yg paling mulia. Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.. Moga cintanya kite kepada Allah dan baginda melebihi dari apa2 di dunia ini :) Source. Wassalam.


Tak kait : Dengar dan baca kisah Rasulullah membuatkan hati rase sejuk je .
Membuak - buak rase ingin bertemu Kekasih Allah ini . Moga kite dikurniakan
syafaat dr baginda. Insya-allah dan amin.

3 Kawan Iesyah Comment(s) :

ʕ•ᴥ•ʔ = Comment yang murni-II saje ya sayang ;)