Titian Sirat (Siratul Mustaqim)

Author : Aisyah Time : 10:49 am Comments : 2 ✿ Labels :


Sekatan Keempat : Mengenai zakat.


Jika ketika di dunia dahulu ia engan membayar zakat walaupun hartanya cukup nisab
dan cukup tempuhnya maka ia akan dihalang untuk meneruskan perjalanan ke sekatan kelima.

Terdapat hadis Nabi s.a.w yang menceritakan azab bagi mereka yang tidak
mahu membayar zakat.Sabda baginda  :

" Tidaklah pemilik harta simpanan yang tidak melakukan haknya padanya,
kecuali harta simpanannya akan datang pada hari kiamat sebagai seekor
ular jantan aqra’ yang akan mengikutinya dengan membuka mulutnya. Jika
ular itu mendatanginya, pemilik harta simpanan itu lari darinya. Lalu ular itu
memanggilnya, “Ambillah harta simpananmu yang telah engkau sembunyikan!
Aku tidak memerlukannya.” Maka ketika pemilik harta itu melihat, bahwa
dia tidak dapat menghindar darinya, dia memasukkan tangannya ke dalam
mulut ular tersebut. Maka ular itu memakannya sebagaimana binatang jantan
memakan makanannya . "  (Hadis Riwayat Muslim)


Sekatan Kelima : Mengenai fardu haji dan umrah ke Baitullah.


Sekiranya semasa hidup di dunia dahulu ia berkemampuan tetapi menangguh-
nanguhkannya hingga tidak sempat menunaikannya atau tidak berniat langsung
untuk mengerjakan fardu haji maka ianya akan tersekat disini. Jika seseorang
menunaikan haji tetapi niat hatinya supaya mendapat pangkat 'tuan haji' atau rasa
riak maka amalannya juga tidak akan diterima oleh Allah s.w.t.



Sekatan Keenam : Mengenai wudhu' dan mandi hadas besar.

Jika diperiksa wudhu'nya adakah sempurna atau pun tidak. Jika wudhu'nya tidak
sempurna dan tidak sah maka solatnya juga tidak sah. Begitu juga mandi hadas
besar jika mandinya tidak sempurna maka ia berkekalan berhadas besar maka
solatnya juga akan tertolak dan menjadi tidak sah.



Sekatan Ketujuh : Adab terhadap orang tua, talian persaudaraan, dan hubungan
terhadap semua makhluk (samaada ada terdapat perbuatan zalim yang dilakukan
kepada orang lain).



Imam al-Ghazali meriwayatkan :

" Tempat pemeriksaan ketujuh adalah tempat pemeriksaan paling sukar
untuk melepaskan diri. Persoalan mengenai kezaliman ke atas manusia
diperbincangkan.Disini juga akan diperiksa adab anak-anak kepada kedua
ibu bapanya adakah semasa di dunia ia ada menderhakai kedua ibu bapanya?
Begitu juga hubungan sesama ahli keluarga atau sesama Muslim adalah pernah
memutuskan hubungan silaturahim? dan sebagainya. "


Manusia yang dizalimi akan menuntut haknya kepada Allah s.w.t maka seseorang
yang pernah melakukan kezaliman tidak akan mudah melepasi sekatan ketujuh ini
walaupun ia terlepas daripada sekatan pertama hingga keenam.


Cepat atau lambat meniti sirat juga bergantung kepada cepat atau lambatnya
seseorang itu berlumba untuk mencapai keredhaan daripada Allah s.w.t.


Semasa melintasi Titian Sirat (Siratul Mustaqim), terdapat pelbagai jenis manusia.
Manusia pertama menjejakkan kakinya di Sirath adalah Nabi Muhammad s.a.w.
Baginda akan memimpin kumpulan-kumpulan umatnya menjadi 10 bahagian untuk
melintasi Jambatan tersebut.




  • Kumpulan Pertama – Melintasi bagai cahaya kilat memancar
  • Kumpulan Kedua – Melintasi bagai angin yang kencang
  • Kumpulan Ketiga – Melintasi bagai kuda yang baik
  • Kumpulan Keempat – Melintasi bagai burung yang pantas
  • Kumpulan Kelima – Melintasi dalam keadaan berlari
  • Kumpulan Keenam – Melintasi dalam keadaan berjalan
  • Kumpulan Ketujuh – Berdiri dan duduk
  • Kumpulan Kelapan – Menarik muka mereka dengan rantai
  • Kumpulan Kesembilan dan kesepuluh – Tertinggal diatas Sirat dan tidak
    diizinkan untuk menyeberangi kerana dosa-dosa mereka.





Keadaan-keadaan semasa kumpulan melintasi jambatan Sirath :



Kumpulan Ketujuh – Mereka berdiri dan duduk akibat kepenatan dan dosa-dosa
terpikul dibelakang mereka. Nabi Muhammad s.a.w. berhenti diatas Sirat. Setiap kali,
Nabi Muhammad s.a.w. melihat seorang dari umatnya bergelayut di atas Sirat,
kemudian ia akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali.


Kumpulan Kelapan – Mereka menarik muka mereka dengan rantai kerana
terlalu banyak kesalahan dan dosa mereka. Bagi yang buruk, mereka akan menyeru;
“Wahai Muhammad!”,  dan Nabi Muhammad s.a.w. akan berkata;
“Tuhan! Selamatkanlah mereka! Tuhan! Selamatkanlah mereka!”


Sahabat yang dikasihi,

Berdasarkan hadis di atas dan kisah yang jelas mengenai Titian Sirat sedarlah kita
bahawa setiap daripada kita tidak akan terlepas melaluinya sebelum memasuki
Syurga Allah s.w.t. Perlulah kita muhasabah kita akan berada dikumpulan mana?



Sekiranya kita termasuk di dalam kumpulan pertama hingga keenam akan terselamat
daripada tergelincir dan terhumban ke dalam Neraka Jahanam, jika kita termasuk
dalam kumpulan ketujuh dan kelapan akan selamat sampai juga dengan pertolongan
Nabi s.a.w tetapi dalam keadaan yang amat azab.


Minta dijauhilah masuk ke dalam kumpulan kesembilan dan kesepuluh kerana
kumpulan ini akan tertinggal di pertengahan jalan dan tunggu masa untuk tergelincir
ke dalam Neraka Jahanam, na'uzubillahiminzalik.


Marilah kita pertingkatkan amal ibadah, amal soleh dan amal kebaikan dan
kebajikan dan tinggalkan semua dosa, maksiat dan kemugkaran kepada Allah
s.w.t. untuk kita dapat menyelamatkan diri kita nanti di hari akhirat. Alangkah
ruginya kita bila bertemu Allah s.w.t nanti tidak ada amalan yang dapat membantu
dan menyelamatkan kita dengan siksaan yang dahsyat iaitu siksaan Neraka Jahanam.


Hanya jiwa yang beriman dan bertaqwa sahaja akan terselamat daripada azab
yang pedih ketika meniti Sirat dan terselamat daripada azab Neraka Jahanam.




ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ

" Tunjukilah kami jalan yang lurus "



صِرَ ٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ


"Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, 
bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, 
dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat"
{ Surah Al-Fatihah 6-7}





2 Kawan Iesyah Comment(s) :

  1. 안녕하세요~ HI~ this is Twinscraftlife! please visit our blog shop! we sell various cool handmade stuff!! 꼭 오세요~~^^
    twinscraftlife.blogspot.com

    ReplyDelete

ʕ•ᴥ•ʔ = Comment yang murni-II saje ya sayang ;)