JAMBATAN PALING PANJANG DAN LAMA UNTUK DILALUI OLEH SEMUA ORANG

Author : Aisyah Time : 8:52 pm Comments : 0 ✿ Labels :


Sesungguhnya pemeriksaan amalan di Padang Mahsyar belum lagi sempurna
sehingga seseorang itu diperiksa atau ditanya mengenai nikmat dan amalannya
di tempat pemeriksaan sewaktu melalui Siratul Mustaqim atau Titian Sirat.

Jambatan titian sirat yg lebarnya hanya sehelai rambut yg dibelah tujuh dan tajamnya
lebih daripada mata pedang . Dibawahnya terbentang NERAKA dan disebelahnya
terbentang SYURGA yg luas .

Imam Al-Nawawi di dalam kitab Syarah-Muslim menulis, ulama besar
menetapkan bahawa sirat itu ialah satu titian di atas permukaan api Neraka
Jahanam di mana semua manusia akan meniti.

Orang Mukmin akan terselamat disebabkan keimanan dan amal solih
yang mereka lakukan di dunia, manakala orang kafir dan murtad akan
terhumban ke dalamnya.

Orang pertama melalui Titian Sirat ialah Nabi Muhammad s.a.w. yang
mengepalai umat lain.


Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“ Dan direntangkan Sirat di antara dua jurang Neraka Jahanam,
maka akulah Rasul pertama yang melaluinya bersama umatku yang lulus.”


Tahap kelajuan seseorang Mukmin meniti titian itu bergantung kepada tahap keimanan
dan amal masing-masing. Semakin tinggi keimanan dan amalan, semakin laju menuju titian itu.


Dari Abi Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

 “…dan padanya (As-Sirat) ada cangkuk atau pengait yang berduri seperti
duri As-Sa’daan melainkan tidak mengetahui kadar besarnya melainkan
Allah mengait manusia mengikut amalan mereka”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Abi Said Al-Khudriy r.a berkata :

“ Telah sampai kepadaku bahawa ianya (As-Sirat) lebih halus dari
rambut dan lebih tajam dari pedang ” (Hadis Riwayat Muslim)


Diceritakan bahawa , untuk merentasi titian mengambil masa 15000 tahun .
5 ribu tahun menaik , 5 ribu tahun mendatar , dan 5 ribu tahun menurun .


Nabi Muhammad s.a.w sendiri pernah bersabda bahawa

“ Sesungguhnya Allah menciptakan Sirat yang berada diatas Neraka, iaitu
Jambatan ditengah-tengah Neraka Jahanam yang sangat licin dan
menggelincirkan. Jambatan ini mempunyai tujuh sekatan, dan setiap sekatan
jaraknya sama dengan perjalanan 3000 tahun. Dalam 3000 tahun itu, 1000
tahun merupakan tanjakan yang tinggi, 1000 tahun merupakan dataran, dan
1000 tahun merupakan lereng yang curam. Ia lebih kecil dari rambut, lebih
tajam dari pedang dan lebih gelap berbanding malam yang pekat. Setiap
sekatan mempunyai 7 cabang, dan setiap cabang bentuknya seperi panah
yang hujungnya tajam. Maka, duduklah setiap hamba diatas setiap sekatan
tersebut dan ditanya tentang perintah-perintah Allah s.w.t ”



Tujuh sekatan tersebut adalah seperti berikut :


Sekatan Pertama : Mengenai keimanannya kepada Allah s.w.t dan
rukun-rukun iman yang lain.

Apabila seorang manusia terlepas daripada persoalan aqidah ini barulah ia boleh
bergerak menuju ke sekatan kedua pula. Jika di dalam persoalan aqidah ini terdapat
syirik kepada Allah s.w.t. dan telah rosak aqidahnya maka seseorang itu tidak akan
terlepas untuk meneruskan perjalanan dan ia akan dihumbankan ke dalam Neraka Jahanam.


Firman Allah s.w.t yang maksudnya :

" Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik dan mengampuni
dosa yang selain syirik itu bagi siapa sahaja yang Dia kehendaki. Barangsiapa
mempersekutukan Allah (syirik), maka sungguh ia telah melakukan dosa yang
sangat besar.” (Surah An-Nisaa ayat 48)

Sekatan Kedua : Mengenai solat fardu.

Soalat fardunya akan diperiksa samaada ia melaksanakannya atau pun tidak.
Adakah ia telah melalai-lalaikan solat sehingga terlepas waktunya. Adakah dia
mengerjakan dengan khusyuk atau tidak semuanya akan diperiksa satu persatu.
Jika ada kekurangan solat fardunya akan di periksa solat-solat sunat yang lain
untuk menampung kekurangan solat fardu tersebut.


Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda:

" Sesungguhnya amalan pertama seseorang hamba yang dihisab
pada hari kiamat ialah solatnya."
(Hadis Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi )


Sekatan Ketiga : Mengenai puasa Ramadhan.

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

“ Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan
buruk sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi
Allah selain dari lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya.” (Riwayat Bukhari)


Matlamat puasa bukanlah sekadar meninggalkan makan dan minum,
tetapi untuk melemahkan nafsu yang buruk.

Jika puasa Ramadhannya ada kekurangan ianya akan ditampung dengan puasa
sunatnya. Tetapi jika puasanya tidak sempurna maka dia tidak akan dapat melepasi
sekatan ini dan untuk meneruskan perjalanan ke sekatan keempat.




0 Kawan Iesyah Comment(s) :

Post a Comment

ʕ•ᴥ•ʔ = Comment yang murni-II saje ya sayang ;)