Berpegangan tangan dengan bukan mahram is sweet ? -.-'

Author : Aisyah Time : 2:21 pm Comments : 1 ✿ Labels :



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Assalamualaikum warahmatullahi wabarahkatuh ..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita
terutama nikmat iman dan nikmat Islam.

Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir maka janganlah sesekali
berduaan yang tidak disertai mahram. (HR Ahmad)

" Melihat couple berjalan berpimpin tangan ibarat TEH dan GULA,
bukan kerana sweet. tapi seperti kedua²nya minta untuk di
jirus dengan air panas..."

Sedarlah syaitan adalah penjajah yang tidah pernah putus asa.

Dalam satu peristiharan, menurut hadis Rasulullah s.a.w, syaitan pernah berkata:

"Demi kebesaran-Mu, aku bersumpah wahai Allah, aku tidak akan
berpisah dengan anak Adam selagi nyawanya masih di badan ! "


Mari Baca Kisah Anjing dan Lembu ini dan Fahami Maksudnya ;)

LEMBU : Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?

ANJING : Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : Eh? kenapa?

ANJING : aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit.
Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata “hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!

LEMBU : Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

ANJING : Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak.
Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU : Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih
dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun disamak.

ANJING : Wah.. Ayat ko memang Power la… manusia kena ubah pepatah
“Pandai macam LEMBU”



Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu Majah menyatakan bahawa :

“Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan
bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram”.


Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib
bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan
hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa)
atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.


"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada
menyentuh kaumyang bukan sejenis yang tidak halal baginya."
(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak pernah aku menyentuh tangan perempuan
yaitu bukan mahram"
(Hr At-Thabrani, dari Uqailah binti Ubaid,menurut al-Albani: Sahih)

“ Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui
dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang
dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal
sempurna”.   (Surah Zumar: 9)


1 Kawan Iesyah Comment(s) :

  1. Best best. Hehe .. Chaiyok chaiyok my Dear .. Luaskan Kuasa Islam . Teruskan Dakwah :*

    ReplyDelete

ʕ•ᴥ•ʔ = Comment yang murni-II saje ya sayang ;)