ALAMAK ! Malam Lailatul Qadar dah lepas lah !

Author : Aisyah Time : 10:02 pm Comments : 2 ✿ Labels :


Assalamualaikum

PERSOALAN :

Adakah Kita telah terlepas dengan Malam Lailatul Qadar ?

Almaklumlah .. Dah hari yang ke 22 nie ..
Ramai yang terkejar2 untuk mendapatkan LAILATU QADAR ..

Ada yang bertungkus lumus, sanggup bersengkang mata untuk berusaha
bagi mendapatkan LAILATUL QADAR .

Tapi, tak tahu adakah dia dapat atau dia terlepas ?

Ada pulak yang dah kunci jam pukul 3, nak bangun awal coz nak IBADAH pagi2 buta ,
bagi mendapatkan LAILATUL QADAR. Tapi , tup2 bangun pukul 5 dahh tak sempatt ..

Pastu dok terfikir2 adakah dia dahh terlepas peluang ?

Ada pulak yang buat tak kisah tapi sibuk nak tahu MALAM YANG MULIA tuu dah
muncul ke belum ?

So, Isyah nak kongsikann tanda2 MALAM LAILATUL QADAR :


Maksud Lailatul Qadar

Lailatul Qadar atau Lailat Al-Qadar (malam ketetapan) adalah satu malam penting yang
terjadi pada bulan Ramadhan, yang dalam al-Quran digambarkan sebagai malam yang
baik dari seribu bulan. Dan juga diperingati sebagai malam diturunkan al-Quran.


Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama' untuk mencari malam Lailatul Qadar.

Jika awal Ramadhan jatuh pada hari:

  • Ahad atau Rabu malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 29 Ramadhan .
  • Isnin > 21 Ramadhan
  • Selasa atau Jumaat > 27 Ramadhan
  • Khamis > 25 Ramadhan
  • Sabtu > 23 Ramadhan


Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan
Lailatul Qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walaubagaimanapun,
janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam Qadar pada malam-malam
ganjil yang lain juga.



Tanda-tanda Lailatul Qadar

  • Pesan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W adalah malam berlaku pada satu
    malam daripada 10 malan terakhir (hari ganjil) bulan Ramadhan.
  • Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas
  • Siangnya cahaya matahari warnanya pucat
  • Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat dan 
  • tandanya ialah tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis 
  • teresak-esak secara tiba-tiba.



Itu sahaja dapat kongsi sempena bulan yang baik ini. Insyaallah kita akan
bertemu dengan malam tersebut jika diizinkan oleh Allah S.A.W.

Wallahu'alam.


Ya Allah ya RAB Kami , Pertemukan lahh kami dengan malam ini ..
Berilah Kesempatan & Peluang kepada kami ..

2 Kawan Iesyah Comment(s) :

  1. makasih share. tp apa yang iqa dengar dr ustaz, lailatul qadr sampai sebelum subuh. so, pkul 5 sempat klu kita solat sunat.

    ReplyDelete
  2. nice sharing... fifie singgah n follow sini #697 :)

    ReplyDelete

ʕ•ᴥ•ʔ = Comment yang murni-II saje ya sayang ;)